BuuYaa ♥
♔ Bonjour ♔

</a> width=


♔ Click Here ♔

Story About Links


♔ Forever In My ♥ ♔



♔ Credits Section ♔
Skin By LetthaKyra
Best view in Google Chrome
LS :)
Thursday, January 19, 2012 | 3:55 AM
Aku seorang pelajar sekolah tingkatan 4. Aku pelajar yang tidak sukakan kerja sekolah. Hidup aku penuh dugaan. Tapi aku ada kawan yang suka bagi nasihat. Aku sangat taksuka nasihat. Keputusan PMR aku tak teruk dan tak bagus. Bak kata orang, 50-50. Namun, syukur Alhamdulillah sebab tak ada yang gagal. Aku perlajar yang tidak pandai dan tidak bodoh. Aku ditetapkan di kelas Sastera. Tapi aku taksuka. Jadi aku mohon tukar kelas Sains. Alhamdulillah, tawaran diterima.

Remaja. Apa itu remaja? Aku belum pasti maksud remaja. Tapi ramai yang cakap aku dah remaja. Sekarang perasaanku bermain. Adakah aku harus suka? Atau aku harus bencikan remaja? Aku rasa remaja tidak sesuai untuk aku. Aku masih berotakkan budak budak. Tapi tidak mengapa. Mana ada manusia yang semakin mengecil. Semua makin membesar kan? Semenjak meningkat remaja, aku mula suka seorang ‘senior’. Abang itu mempunyai ramai peminat. Tapi aku tetap berusaha untuk mendapatkan dia. Aku tau mungkin dia bukan jodoh aku.

 Hari demi hari berlalu begitu sahaja. Sungguh tidak terasa. Sekarang sudah bulan enam. Aku rasa kosong. Aku rasa seperti aku belum belajar apa-apa. Aku rasa aku baru sahaja mengenali teman sekelas ku. Aku rasa seperti baru saja semalam aku masuk tingkatan 4. Aku rasa tak adil. Kenapa waktu berjalan dengan cepat?

Selepas 10 bulan aku belajar di sekolah itu, kini telah masuk waktu cuti. Sungguh aku malas duduk di rumah sepanjang masa. Aku mahu keluar berjalan-jalan dengan teman-temanku. Tapi ibu ku melarang. Aku tidak membantah. Menurut Islam, syurga dibawah tapak kaki ibu. Sekarang yang aku harapkan kakak aku akan membawa aku pergi keluar berjalan-jalan. Tiga hari lagi aku akan masuk tingkatan 5. Aku tau aku akan jumpa kawan-kawan aku balik. Aku rindu mereka. Tidak dinafikan lagi.

Hari pertama sekolah, aku datang awal. Sangat awal. Aku duduk sendirian di tepi tapak berhimpunan menunggu kawan-kawanku datang. Malang sungguh. Kawanku datang lambat. Aku semakin renggang dengan kawan-kawanku di tingkatan 3 dulu. Mungkin disebabkan mereka sudah mempunyai teman baru. Hidup perlukan pengorbanan. Aku tak kisah. Perhimpunan sudah berlangsung. Aku tercari-cari abang ‘senior’ tahun lepas. Aduh! Aku lupa. Dia sudah tamat. Aku lupa, aku lupa. Aku suka dia tapi kawan aku yang dapat dia. Ini sungguh tak adil. Sudah! Aku sudah melupakannya! Aku benci dia! Biarkan dia dengan kawan baik ku! Asal dia bahagia, pasti aku bahagia.


Older Post | Newer Post